Thursday, January 14, 2010

Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal.

Artikal ini berkaitan dengan satu kajian tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Artikal telah menfokoskan kepada skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab , persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer.

Untuk mengetahui sejauh mana kemudahan komputer dimanfaatkan dan bagaimana persepsi guru terhadap penggunaan komputer seterusnya memberi komen anda boleh klik pada URL ini ......

http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/GemaVol4.1.2004No1.pdf

19 comments:

  1. Subjek Bahasa Arab hanya boleh dipelajari di sekolah-sekolah agama, maka kaedah pengajaran pembelajaran mata pelajaran Bahasa Arab boleh diperaktikkan oleh sebahagian guru sahaja.
    namun ianya tidak terkecuali daripada perubahan corak atau kaedah pengajaran selari dengan perubahan dunia hari ini. ini bermakna selain subjek-subjek akademik biasa, Bahasa Arab juga boleh diajar dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti komputer dan multimedia.
    kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer atau peralatan multimedia pastinya akan menambahkan lagi minat pelajar disamping dapat membantu mereka untuk memahami isi setiap pembelajaran mereka.
    sekiranya pelaksanaan kaedah ini berjaya, maka tidak mustahil subjek Bahasa Arab akan berada sama taraf dengan bahasa-bahasa dunia yang lain.
    bagi merealisasikan impian ini, maka para guru perlu diberikan sepenuh pendedahan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran agar ia tidak sekadar indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete
  2. Penggunaan PBBK dalam P&P Bahasa Arab merupakan satu kaedah yang boleh membantu menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa arab.Pelajar dapat menerokai Bahasa Arab tanpa mengira masa dan tempat.Melalui skrin yang terpapar pelajar akan dapat mendengar sebutan Bahasa Arab daripada penutur Bahasa Arab itu sendiri.Namun harus diakui bahawa PBBK dalam P&P memerlukan kepada sumber kewangan yang agak besar sedangkan realiti yang berlaku pada hari ini bukan semua sekolah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan ICT.selain itu, guru-guru juga perlu diberi pendedahan yang secukupnya supaya PBBK dalam P&P mendapat kesan yang memberansangkan.

    ReplyDelete
  3. Saya amat bersetuju pembelajaran Bahasa Arab juga dalam menggunakan Komputer. Ini kerana pengajaran Bahasa Arab masih berdasarkan hanya pada buku semata-mata. Bagi menarik minat pelajar-pelajar, adalah perlu penggunaan komputer serta perisian yang sesuai diaplikasikan. Pelajar-pelajar pada hari ini lebih cenderung untuk mendapatkan ransangan yang berbeza, baru serta menarik. saya percaya sekiranya ia dapat dipraktikkan dan diaplikasikan pencapaian para pelajar khususnya dalam subjek bahasda Arab akan dapat dipertingkatkan. ini kerana pengajaran yang memanfaatkan penggunaan visual, audio serta bertulis dalam satu masa akan dapat membantu pelajar mudah faham dan dapat mengingati dengan lebih mudah.

    ReplyDelete
  4. Gaya pembelajaran merupakan salah satu faktor penting yang menentukan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing/kedua semakin mendapat perhatian di Malaysia.Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah melahirkan stu cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran bahasa arab

    Penggunaan komputer dalam p&p banyak kelebihannnya.Antaranya ialah menjadikan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan membantu pelajar supaya lebih kreatif dalam memperolehi ilmuPpendekatan ini lebih bersifat komprehensif dan global serta pembelajaran menjadi lebih fleksibel.Pembelajaran melalui komputer juga dapat memberikan ruang untuk pelaksanaan kandungan kurikulum dalam waktu yang singkat walaupun waktu yang diperlukan untuk pembelajaran mungkin lebih sedikit berbanding dengan pembelajaran secara tradisonal.Pembelajaran juga dapat membantu merapatkan jurang antara pelajar dengan sumber pembelajaran bahasa Arab dari seluruh dunia.Sesi pembelajaran yang tidak mengenal sempadan dan batasan merupakan cara pembelajaran yang boleh mendedahkan seseorang kepada lebih banyak pengetahuan. Ini juga akan mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam menyediakan alat bantu mengajar serta membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

    Di atas kesedaran tentang betapa pentingnya ICT dalam p&p kita perlu mengintegrasikan penggunaan ICT dalam kurikulum bahasa Arab.Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan penggunaan capaian bahan pembelajaran dan meningkatkan kemudahan peralatan multimedia.Kita tidak seharusnya gentar untuk meletakkan impian yang besar kerana ia akan menjadi pemangkin kepada kita untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

    ReplyDelete
  5. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
    Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Penggunaan komputer dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Arab adalah bukan perkara yang mustahil di zaman yang berteknologi kini.
    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

    ReplyDelete
  6. Pembelajaran bahasa apa sahaja dalam dunia adalah menuntut kepada latihan interaksi menggunakan bahasa tersebut. Dalam bahasa arab disebut"al-lughatul al-mumarasah".Jesteru Pembelajaran bahasa berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab sebagai bahasa asing adalah sangat rasional dilihat dari perspektif bantuan dari sudut interaksi dan latihan penggunaan bahasa tersebut berasaskan bantuan komputer.
    Interaktif yang berasaskan computer mempunyai ciri kelebihan yang tertentu dalam pengajaran bahasa arab khususnya.Ciri utama yang dikatakan memberi kelebihan kepada computer dan membezakan dengan komunikasi adalalah penampilan visualnya. Selain itu sistem audionya juga lebih mudah menarik tumpuan deria pelajar kepada pengajaran bahasa. Dengan mengandaikan kelengkapan computer mencukupi, akan memberikan kemudahan interaktif dalam pengajaran seorang guru bila computer digunakan. Ini adalah kerana pelajar akan memberi penumpuan kepada computer tanpa ganguan pengaruh persekitaran yang lain.

    ReplyDelete
  7. perkembangan ict dalam pendidikan kini semakin pesat,Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat,
    mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk
    dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalur dan digunakan sama ada di dalam bentuk
    teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara
    interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalur dan digunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking),
    intranet dan internet.

    Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
    penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer
    dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau
    maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat
    bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran.

    pengajaran yang tidak mementingkan
    kreativiti akan melahirkan insan yang tandus dengan daya imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada guru-guru bagi
    menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat
    bersaing di peringkat global. Dengan itu, guru-guru alaf baru kini harus melengkapkan
    diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan
    keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan
    diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini.
    Kelebihan menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan meransang pelajar
    untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar
    berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada guru itu
    sendiri dalam proses pendidikan.

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya, ict dalam bahasa arab merupakan sesuatu yang baru. biasanya guru bahasa arab yang berkelulusan al-Azhar kurang menggunakan ict dalam pembelajaran. jadi, jika penggunaan ict diterapkan dalam p&p bahasa arab, mungkin akan lebih menarik minat pelajar dan memberi kesan positif kepada guru itu sendiri.

    ReplyDelete
  9. bahasa arab merupakan bahasa yang kedua yang patut kita kuasai kerana ia merupakan bahasa al-quran. Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Arab merupakan satu kaedah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa arab. Selain itu, ia juga dapat membantu guru bagi memudahkan proses P&P.

    ReplyDelete
  10. Kebanyakan subjek bahasa arab hanya dipelajari di sekolah agama dan boleh dipraktikan oleh sebahagian guru sahaja.Keadaan ini boleh berubah dengan penggunaaan teknologi-teknologi terkini yang membolehkan para pelajar berminat untuk mempelajarinya.Peranan guru juga penting untuk merialisasikan impian ini.Sekolah juga perlu dilengkapi dengan kemudahan teknologi seperti komputer dan ICT serta perisian yang sesuai diaplikasikan dan boleh membantu pelajar faham dan mengingati dengan mudah.Contoh penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa arab ialah dengan memaparkan visulgraphic,permainan bahasa,audio,suara,animasi dan lain-lain,secara sistematik.Ini dapat menambah minat pelajar untuk mendalami bahasa arab dan sekaligus meningkatkan kefahaman agama.

    ReplyDelete
  11. Penguasaan bahasa Arab dikalangan pelajar sekolah YIK agak lemah dan ramai pelajar gagal didalam subjek bahasa Arab didalam peperiksaan PMR dan SPM. Permasalahan ini perlu diatasi segera. Dan diantara kaedah yang boleh digunakan ialah pengajaran bahasa Arab dijalankan melalui penggunaan teknologi ICT. Begitu juga banyak cd atau dvd yang berkaitan pengajaran bahasa Arab dijual. Penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran BA akan lebih menjadikan P&P efisyen dan berkesan. Terima kasih kepada Ust Maliki diatas perkongsian maklumat ini. Syukran.

    ReplyDelete
  12. penggunaan teknologi ict dalam menangani masalah pelajar yang bermasaalah dalam mata pelajaran bahasa arab adalah tekni terkini dan dianggap berkesan kerana pelajar dapat beljar mellui komputer.banyak cara yang menarik yang terdapat didalam ict yang dapat menarik minat pelajar

    ReplyDelete
  13. salam,
    pada pandangan saya penggunaan ICT dalam P&P tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya terhadap para pelajar pada masa kini. Dalam pengajian Bahasa Arab sebagai contohnya, pelajar yang baru ingin belajar akan terus menjadi minat dengan adanya penggunaan komputer dan pengisian ICT semasa di kelas. Pelajar ini sudah tentu akan mendengar sebutan yang betul dalam BAhasa Arab termasuk dengan maknanya sekali. cara ini membuatkan para pelajar mudah mengingat dan ini pasti akan melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu malah cekap dalam teknologi terkini. Sekian

    ReplyDelete
  14. Penggunaan ict dalam bahasa arab merupakan sesuatu yang baru. Penggunaan ict harus diterapkan dalam p&p bahasa arab kerana ianya akan lebih menarik minat pelajar dan memberi kesan positif kepada guru itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. salam....
    Pada pandangan dan pengalaman peribadi saya,pengajaran dan pembelajaran bahasa arab merupakan satu proses p&p yang konstruktif dimana pelajar dan guru sendiri perlu membina pengetahuan berdasarkan ilmu sedia ada.Kita sudah sedia maklum bahawa sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan pembelajaran dan amali bahasa arab seperti di dalam solat,puasa,tilawah alquran dan sebagainya secara tidak formal,dan di peringkat sekolah secara formal.Oleh itu,pembelajaran bahasa ini tidaklah menjadi satu kerumitan dan bebanan kepada guru dan pelajar sebenarnya.

    Kemunculan dan kepesatan perkembangan teknologi kini boleh diaplikasi dan banyak membantu dalam pembangunan p&p bahasa arab.PBBK perlu diaplikasikan bagi memudah dan memberi hasil yang optimum di samping tidak mengenepikan p&p konservatif.Oleh itu,saya melihat perkembangan teknologi kini boleh diaplikasi dan memberi kemudahan dalam menghasilkan keberhasilan p&p bahasa arab.

    ReplyDelete
  16. Jika kita melihat pada subjek-subjek teras seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain, pembelajaran berasaskan komputer berkembang pesat sama ada melalui penghasilan cd interaktif mahupun melalui internet. Namun, di manakah guru-guru bahasa arab yang mempunyai kemahiran komputer khususnya pelajar-pelajar En. Nan untuk subjek Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan? Kenapa tidak manfaatkan kemahiran anda? Apa kata kalau Ust Maliki mengetuai kita :-)

    ReplyDelete
  17. Salam….

    Pada pandangan saya, keberkesanan pengajaran dengan berbantukan komputer bergantung kepada dua faktor iaitu faktor murid dan guru itu sendiri. Terdapat kajian yang menyatakan pengajaran tersebut tidak berkesan adalah disebabkan kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran berbantukan komputer. Di samping itu, terdapat juga seperti hardware, sikap guru, pentadbir, latihan dan sebagainya. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Arab dilihat sebagai satu usaha yang sesuai. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dapat dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Walaupun masih terdapat kesukaran dalam pelaksanaannya, guru perlu lebih bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.

    ReplyDelete
  18. Salam..

    Penggunaan komputer dalam pembelajaran Bahasa Arab mungkin boleh menjadi salah satu kaedah pembelajaran yang menarik.Dewasa ini,mata pelajaran Arab kurang diminati oleh pelajar sekalipun oleh pelajar sekolah Agama walhal bahasa ini sepatutnya dikuasai oleh mereka memandangkan ianya bahasa utama dalam pengajaran di sekolah-sekolah Arab.Namun saya berpendapat penggunaan komputer tidak memberi kesan secara maksimun kepada pelajar bagi membantu penguasaan bahasa Arab mereka.sesuatu penguasaan bahasa akan berkesan apabila ianya digunakan dalam kehidupan seharian iaitu dengan mempraktiskanya.Tanpa langkah ini,kesan yang diterima adalah minimum.Walaubagaimanapun penggunaan komputer boleh membantu kearah peningkatan Bahasa Arab.

    ReplyDelete
  19. tidak dapat dinafikan penggunaan komputer dalam bahasa arab dapat menarik perhatian plajar semasa p&p. dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelajar tersebut.persoalan nya berapa banyakkah sekolah yang mampu menyediakan bbm itu?dan pada pendapat saya bbm telah sedia ada tetapi kemahiran guru untuk mengendalikan bbm dalam bahasa arab sangat kurang di negara kita.

    ReplyDelete