Wednesday, March 10, 2010

Panduan Mengasuh Anak-anak

Sebagai seorang manusia, Allah telah bekalkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan, anak-anak, emas perak dan bermacam-macam lagi perkara yang menjadi keinginan manusia di dunia ini.

Namun dalam kita mengejar keinginan itu kita harus sedar bahawa setiap perkara yang dipinjamkan kepada kita hanyalah sementara dan tidak lebih daripada alat untuk mengukur sejauh mana kita dapat mematuhi segala kehendak pencipta alam ini dan sejauh mana kita dapat melaksanakan amanah yang telah dipertanggung jawabkan kepada kita .Antara amanah itu ialah anak-anak yang menjadi penghibur kita.

Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Ibubapa lah penentu masa depan anak-anak, baik dicorakkan anak itu maka baiklah hasil yang dituai dan jika sebaliknya seribu satu macam masalah yang ditimbulkan.. Tapi sayang, tidak ramai yang menyedari kesilapan diri sendiri itu, sebaliknya sikap menuding jari kepada pihak lain sering menjadi tabiat.

Sedarlah bahawa junjungan kita nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda : ”Anak-anak dilahirkan dalam keadaan bersih, kedua ibubapa lah yang mencorakkan mereka untuk menjadi yahudi, nasrani atau majusi”.

Menyedari hakikat ini, Al Imam Al Ghazali memberi beberapa panduan dalam mendidik anak-anak, antaranya :

  • Jangan biarkan anak-anak berkawan dengan kawan yang buruk perangainya.
  • Jangan biasakan anak-anak dengan bersedap-sedap (ikut nafsu )
  • Jangan dibiasakan dengan perhiasan .
  • Jangan dedahkan anak-anak kepada faktor yang membawa kepada bersenag lenang
    kerana apabila dewasa mereka akan berkerja keras untuk mencapai keinginan tersebut.
  • Carilah perempuan solehah untuk menjaga anak-anak .
  • Jangan biarkan anak-anak disusui oleh perempauan yang buruk perangainya, perempuan yang memakan harta yang haram, kerana air susu yang terhasil daripada harta yang haram tidak ada keberkatan.
  • Ajarkan anak-anak adab ketika makan.
  • Beritahu anak-anak tentang keburukan orang yang banyak makan dengan diumpamakan seperti binatang.
  • Pujilah kanak-kanak yang makan sedikit dihadapan anak-anak kita dan sebalik kejilah kanak-kanak yang makan banyak dihadapan mereka.

Sumber (Siar Al Salikin )

BERSAMBUNG.......

1 comment:

  1. alhamdulillah...
    semoga melalui panduan ini, kita sebagai ibu bapa dapat mendidik anak-anak dengan baik dan cemerlang... ini kerana kita yang akan mencorakkan tingkah laku anak-anak kita.

    ReplyDelete